ยปsatu(1)sifar(0) cara hidup lebih lama
5 November 2011
jiwa korang rasa masih muda selamanya tapi jika korang tak menjaga diri dari segi minda & badan, korang mungkin takkan hidup lebih lama! jemput baca 10 cara untuk menjadi muda selamnya.insyallah
1 : hahaha!!
banyakkan bergelak ketawa mampu mengurangkan hormon stress.
(tapi diingatkan jangan terlampau a.k.a over sangat gelak takut nanti cepat lupa)
2 : vitamin
kesibukan bekerja atau belajar membuatkan korang terlupa masa untuk makan.se-kurang2 nya ambillah vitamin tambahan.
(tapi kalo aku memang tak pernah lupe makan so vitamin tak payah pon tak pe)
3 : tidur yang mencukupi
tidur 7 hingga 8 jam sehari setiap malam dapat mengurangkan risiko untuk mengalami pelbagi penyakit.
(bagi teman kalo boleh tidor tak bangun2 lagi baguih)
4 : berjalan
korang perlu melakukan senaman se-kurang2 nya 30 minit setiap hari.berjalan kaki dah cukup memadai.
(jln2 shopping satu shopping complex memadai jugak sebab bukan saja 30 minit 5 jam pon boleh)
5 : ringan tulang
ornag yang gemar melakukan sukarelawan akan hidup lebih lama.
(kalo jadi sukarelawan kat somalia,pakistan,baghdad??)
6 : makanan semula jadi pelbagai warna
buah2an & sayur2an berwarna sememangnya penuh dengan antioksida yang diperlukan tubuh.misalnya lobak merah mampu menyihatkan mata.
(mintak maaf kalo bab ni memang tak bolah)
7 : jangan merokok
pasti ia satu jaminan untuk korang hidup lebih lama selain lebih bahagia
8 : jaga gigi
setakat memberus gigi tidak memadai.lakukan floss & jangan lupa untuk jaga kesihatan gusi (kecik hati dye kalo korang tak jaga dye).tanda2 gusi sihat adalah berwarna merah.
(hok yang ni kawe boleh terimo lagi)
9 : berfikiran positif
masyarakat yang mempunyai pandangan positif ketika muda sehinggalah tua berpeluang hidup lama tanpa masalah.hal ini kerana jiwanya bersih & jauh dari tekanan.
(saya cuba berfikiran positif)
10 : jumpa doktor
aturkan hari korang dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.jangan tunggu sehingga sakit keran kadang2 penyakit datang tanpa korang sedar.
(tengoklah kalo ade mase)
antara 10-10 ni agak mane yang mampu korang buat??
fikir2 kan la..
fikir2 kan la..
tapi ajal dan maut ditangan tuhan kita hanya mampu bertawakkal dan berusaha agar kekal hidup diduniaNya ini..renung2kan selamat beramal.
sumber :
majalah klik isu 142
15 april 2011
(muka depan CN.Blue)
words spilled @ Saturday, November 05, 2011 /
leave goosebumps here ⋄